Tuesday 26 May 2015

STEM CELL


Assalamualaikum.. salam sejahtera pada kawan kawan sekalian.. hihi.. harap semua kawan kawan yang membaca sihat dan hebat sentiasa..
Untuk entry kedua ni, apis nak share dengan kawan kawan berkenaan dengan STEM CELL.
Sebelom tu, Apis ade soklan nak tanye kawan kawan..



ape itu stem cell?
dari mana stem cell tu diperolehi?
ape fungsi stem cell pada tubuh badan kita?


Apis pasti,ramai yang pernah dengar pasal stem cell kann, tapi bile ditanya rata rata cakap tak tau dan xreti nak explain, just tau baik untuk kesihatan.. tau doh gitu jawapannye..huhu


"tak kenal maka tak tahu, bile tak tahu pulak rugi.."

Stem cell ni bahasa sains, So susah nak paham tapi bile apis sebut sel punca. rasa rasa kawan kawan dapat  tak idea  tentang stem cell ni??



Kalau kawan kawan nak tau, badan kite terdiri daripada ratusan cell yang berbeza yang mana ianya amat penting bagi kesihatan seseorang. Setiap cell ini, bekerja seeetiap hari seperti membuat jantung berdetak, otak boleh berfikir, ginjal yang membersihkan darah dan lain lain lagi, So dari mana datangnye cell banyak banyak ni???

jawapannye...dari stem cell la. stem cell adalah punca segala cell yang ada dalam setiap badan kite. Stem cell jugak dikenali sebagai cell induk dan ianya terdapat pada benda benda hidup seperti haiwan,tumbuhan dan jugak manusia..Peranan stem cell adalah sebagai kilang kepada pelbagai jenis cell atau sebagai sumber untuk cell cell yang baru. Di saat stem cell membelah, stem cell mempunyai kelebihan untuk menambah bilanganya atau pon menjadi cell yang lain.

SUBHANALLAH.. hebatkan ciptaan Illahi.. 



"Jenis jenis stem cell"

Ikut kajian saintis, stem cell terdiri daripada pelbagai jenis dan setiap organ dalam tubuh kite mempunyai stem cell yang berbeza. Sebagai contoh, darah kita tercipta daripada stem cell darah. Stem cell ini dikenali sebagai stem cell dewasa. Contoh lain otot kita tercipta daripada stem cell otot. 

 

walaupon begitu, saintis telah berjaya menemukan stem cell  yang mana ianya sangat UNIK. sebab ape apis cakap unik sebabnya stem cell ni wujud di awal perkembangan manusia. nak diringkaskan lagi dalam bahase pasornye sejak baby tu dalam perut ibu lagi...Stem cell itu dinamakan stem cell embrionik. Stem cell ini mampu berubah menjadi hampir semua ratusan jenis cell manusia.


Sebagai contoh, stem cell dewasa seperti stem cell darah hanya dapat menciptakan darah sedangkan stem cell embrionik dapat menciptakan tulang,darah,kulit otak dan sebagainye. Selain itu, stem cell embrionik ini jugak diprogram oleh Allah SWT untuk membentuk jaringan dan organ yang tidak dapat dibuat oleh stem cell dewasa, sangat menakjubkan bukan..Jadi, stem cell embrionik mempunyai kelebihan yang besar untuk memperbaiki organ manusia yang telah rosak berbanding dengan stem cell dewasa.


''Mane nak cari stem cell embrionik ??''




“STEM CELL EMBRIONIK” ni terdapat pada URI & TALI PUSAT bayi yang baru lahir. Bagi orang Melayu, uri & tali pusat itu akan ditanam. Pada zaman sekarang, bagi golongan yang berada, “STEM CELL” anak mereka akan disimpan di “STEM CELL BANK”. Sebenarnya “STEM CELL” itu boleh digunakan kembali jika bayi tadi mengidapi penyakit kronik. Tetapi kos penyimpanan amat mahal sehingga mencecah RM20,000 – RM100,000..MAHAL tu.



ALAMAK. dah tanam rupenye, macamane ni...adoi sayangnye, ish ish ish,.nak buat macamane memang dah adat kite orang melayu tanam uri dan tali pusat baby bile lahir. So habisla, kalau kawan kawan atau apis sendiri sakit, mana nak cari stem cell embrionik ?? kat farmasi atau hospital ade jual tak? berapa pulok herge die??
untuk yang ini nanti dalam entri yang seterusnye apis akan bagitau ye.. sabar tau...


''Mengapa stem cell penting dalam kesihatan ANDA??''



Sebenarnya bila kita terluka atau sakit, cell dalam badan kita juga terluka dan mati. bila ini terjadi, stem cell akan menjadi aktif dan bertindak membaiki jaringan yang terluka atau menggantikan cell lain pada saat cell itu mati. Jadi stem cell dalam badan kita bertindak sebagai pelindung utama bagi organ dalam badan kite. Banyak jenis penyakit kronik yang bole diubati degan menggunakan stem cell


"Stem cell untuk kecantikan dan menguruskan badan"


Bila kawan kawan dah tau fungsi stem cell, rasa rasa boleh tak stem cell digunakan untuk tujuan kecantikan dan untuk menguruskan badan???
Apis tak nak jawab lagi.. next entry nanti kite kupas same same ye.. k byeeeee!














No comments:

Post a Comment